Jam di dinding dah pun menunjukkan pukul 3.32 pagi..baring ke kanan, baring ke kiri, semuanya serba tak kena..
dalamku berusaha untuk melelapkan mata, tiba-tiba pula teringatkan kenangan semasa dibangku sekolah dulu..
di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR BURHANUDDIN lah segala kenangan pahit manis terlakar..
selepas aku menduduki UPSR, alhamdulillah aku menerima tawaran untuk memasuki sekolah tersebut..Rancangan Khas Aliran Agama..
walaupun sekolah ni hanyalah sekolah asrama harian, aku tetap berasa syukur dan bangga...bagiku, di mana kita menuntut ilmu itu tidak penting..semuanya bergantung
kepada kesungguhan seseorang itu..masa di tingkatan 1, aku tinggal di asrama..segala macam pengalaman aku tempuhi di sini..buli? perkara biasa di asrama..
tapi tidaklah sampai tumbuk-menumbuk, tendang-menendang..kata orang, 'buli-buli manja'..disuruh buat itu dan ini oleh senior2..bila difikirkan balik, aku tersenyum sendirian kerana aku tahu ada hikmah disebaliknya..perkara itu membuatkan kami lebih rapat antara junior dan senior..di tingkatan 1, aku ditempatkan di kelas ke-2..alhamdulillah, berkat usaha aku,
aku ditempatkan di kelas pertama di tingkatan 2 dan 3..
habis tingkatan 1, aku tak lagi tinggal di asrama..aku berulang-alik dari rumah ke sekolah sehinggalah di tingkatan 5..perjalanan lebih kurang 30 minit..
kadang-kadang naik bas, kadang-kadang ayah hantarkan..penat tu memang penat..sebab jauh..padan muka diri sendiri..sape suruh x duk asrama..huhu..
tapi aku tolak ketepi semua tu..aku fikir nak blaja jerk..wah, semangat gile aku mase tu..setelah menerima keputusan peperiksaan PMR yang menepati target, aku sambung pembelajaranku di sekolah yang sama dalam aliran sains tulen..aku agak sedih pada masa ni..frust pn ada jugak..sebabnya, aku tak diterima untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh..bagaimanapun, aku gembira untuk kawan2ku yang diterima masuk ke asrama penuh..ada yang dapat SMKA, MRSM dan sekolah sains..aku pasrah, mungkin takdirku di sini..di sekolah ini..mungkin juga usahaku masih belum cukup untuk ke sana..
sekali lagi aku ditempatkan di kelas ke-2 aliran sains tulen semasa di tingkatan 4..perkara ini benar2 buat aku sedar bahawa ya, usahaku masih belum cukup!..aku terus berusaha dan berusaha lagi..
syukur, berkat usaha aku, aku mendapat tempat pertama dalam peperiksaan pertengahan dan penghujung tahun..dan mendapat anugerah tahunan..gembira tak terkata aku masa tu..
sebuah jam tangan berjenama orient ibu aku hadiahkan..syukur..
di tingkatan 5, aku ditempatkan di kelas pertama aliran sains..aku tahu persaingan semakin kuat..maklumlah, kelas pertama di sekolah aku ni semua budak2 skema..pagi2 bila masuk kelas, semuanya tunduk ke meja..nak tau buat apa?!..study la!.
lihatlah betapa skemanya mereka..haha..tapi semua itu telah menaikkan semangatku untuk menggandakan usahaku..syukurlah aku mendapat tempat ke-8 di pertengahan tahun dan tempat ke-6 di penghujung tahun..ini bermakna tempat ke-8 dan ke-6 untuk seluruh
tingkatan 5..bagiku bukan mudah untuk mencapai pencapaian tersebut kerana aku perlu bersaing dengan budak2 skema tadi..huhu..di sekolah ini jugalah aku mengambil peperiksaan SPM..syukur, aku mendapat keputusan yang boleh dikira 'cemerlang yang cukup2 makan' dan menerima anugerah pelajar cemerlang SPM..sebab apa aku kata cemerlang yang
cukup2 makan?..sebabnya aku cuma dapat 7a 2b 1c..bknnye 10a..tp, alhamdulillah, target aku tercapai..iaitu untuk mendapatkan 7a dlm SPM..
itulah serba sedikit memori di SMKDB..kalau nak diceritakan kesemuanya, 3 hari belum tentu habis..
bila difikirkan kembali, aku tertanya-tanya..ke mana perginya semangatku dulu yang sentiasa bersemangat untuk belajar?!..ke mana perginya rasa persaingan yang sentiasa aku berikan?!..
aku termenung seketika sambil mengharapkan persoalan ini dapat memotivasikan diri..
p/s: apa yang aku coretkan kali ini bukanlah untuk membanggakan diri..jauh sekali untuk berasa riak..sekadar untuk memotivasikan diri yang semakin menghilang tikaku menyusur perjalanan di UTM yang penuh liku..semoga entry kali ini serba sedikit dapat memotivasikan diri rakan2 pembaca..insyaAllah..
Apa yang ada di FAMILYMART?
9 years ago
1 comments:
enty awk ni wat sy terpk..memg betul pun, kekdg smgt tu leh ilang mcm tu jer padahal kte ade potensi besa dlm dr yg boleh dkembagkan..smoga n doa2 kejayaan awk n sume didunia n akhirat.amin.
Post a Comment