Pages

Thursday, October 4, 2012

Orang Baru

Lurus ke titik,

Memperkenalkan anak buah pertama aku. Comel gilak, macam aku. *eh


Muhammad Adam Firdaus nama diberi, moga kelak menjadi insan yang disegani.

p/s: anak aku?..coming soon..ahah

Saturday, May 7, 2011

i love u


I Love You memang satu kata-kata yg sangat indah, manis dan syahdu untuk dilantunkan dari bibir-bibir manusia..tp adalah yg terindah jika lantunan itu ditujukan khas buat bonda yang tiada galang gantinya..Marsitah Abu Bakar, terima kasih kerana membesarkan anakmu yg tidak semenggah ini..I Love You Mak!..

Monday, April 18, 2011

-hadiah dari hati-



Assalamualaikum..ehem2..
entri ni khas dibawakan kepada seorang sahabatku my pren!.. =)

[maaf, aku cekau dari fb anda =)]


ya! anda Syazwana Aziz..! seb bek senang nk cri gambar ko tanpa drumstick itu =)..hee

JUST TO SAY

[gambar:google]

atau BMnya..SELAMAT HARI LAHIR!

S, Syazwana nama diberi..

Y, Yang cun melecun(?!)..ehem..jgn nk perasan sgt..=.="

A, Aku tau ko dh prasan dh tu..*.*"

Z, Zulhilmi-lah shbtnya yg taip mende alah ni..peace yaw!

W, Wana nama panggilannya..tp skrg aku pggl dgn nama brunya.. wana waw waw!..kelas kan?!..ihiks..

A, Adibah juga shbt yg ku rindu selalu..eh, silap2!..Adibah & Ilya juga shbt rapatnya yg kukenal.

N, Naik Lancer seronok katenye..*owh, double meaning di situ..

A, Arghhh!!..nape byk sgt huruf A dlm nama ko nih?..xde idea dh..=p



-------------------------------------------------------------------------------------------------

sahabatku yang dikasihi, ikhlas dari naluriku,..

kamu yg selalu berkongsi masalah denganku, berselisih pendapat denganku, meniup semangat kepadaku..

Ku bermohon padamu ya Allah..kuatkanlah ikatan ukhwah yang terjalin ini..sejahterakanlah hidupnya hingga akhir hayatnya nanti..

Istimewa buatmu, moga rahmat Allah sentiasa bersamamu. Selamat Hari Lahir sahabatku..sesungguhnya ku bersyukur kukenalimu..

p/s: owh ya..moga berjaya untuk proposal presentation nt ya!..=)
p/s/s: hadiah?!..emmm


zulhilmiishak

Wednesday, March 30, 2011

syukur saat itu tiba

ALHAMDULILLAH! Syukur..
Segulung ijazah telah ku genggam.. Moga perjalan selepas ini lebih baik dan lebih berjaya..Amin ya Allah!

Sunday, February 20, 2011

Maafkan aku teman2ku!

Terharu juga teruja bila dapat banyak friend request dari sahabat sekolah rendah dulu..sahabat lama..

Ayat sapaan mereka,
"ingat lagi dak aku?"..
"ang kenai dak lg sapa nii?"..
"takkan dah lupa kot?"..
"ish, ang toksah dok wat loqlaq laa..dulu kita pernah kena denda sama2.."
"alaa, umah aku yang kat depan surau tuu..igt lg dak?"


Aku sangat bersyukur kerana tak sangka mereka masih mengingati aku. Terima kasih sahabat!..tp aku sendiri juga terasa sedih bila aku cuba revise balik memori hidup aku dulu, aku tidak dapat sedikitpun bayangan mereka. Aku tak pasti kenapa?..Tambah sedih lagi bila mengingatkan kembali mereka pernah bersama aku suatu ketika dulu..11tahun dulu..belajar, bermain, bergurau bersama. Bukan aku sengaja lupakan anda semua, tp 11 tahun kita berpisah tanpa bersua muka, satu waktu yg sangat lama untuk aku ingat kembali.

Itu sedih aku..sedih mereka kerana aku tidak mengingati mereka bagaimana?...Aku tidak tahu!..tp yang pasti tentu mereka lebih sedih dari aku.

Maafkan aku teman2ku!


zulhilmishak

Tuesday, January 4, 2011

cerita lama yang senantiasa segar di ingatan

assalamualaikum.
senyum.

4.25a.m. Entah kenapa pagi-pagi buta tetiba rasa nak update blog yang dah lama tak tersentuh. Banyak cerita untuk diceritakan..cerita tentang kehidupan..kehidupanku..ecewah!(pehal aku wat ayat camtu?! erkk)..


Cerita lama yang senantiasa segar..tarikh 10.12.2010..satu tarikh keramat! tarikh kemenangan dan kebebasan buat hampir keseluruhan coursemateku!..setelah 3 tahun setengah bergelumang di bumi UTM..Alhamdulillah! selesai sudah degree!..lega tak terkira!..syukur tak terkira kupanjatkan ke hadrat Illahi walaupun banyak dugaan dihadapi..fuhh!..owh, kawan2 yang masih di sana, good luck aku ucapkan..gambate! chaiyok! :)


[penulis bersama tesisnya:senyum sampai ke telinga]


sambung masters?..insyaAllah..mampukah?.semua orang mampu, cuma nak tak nak je.itu kata2 semangat kawanku berikan tatkala aku keliru dengan kemampuanku sendiri..terima kasih sahabat!..

"Dia bagi dugaan sbb Dia rindu nak dgr anda meminta2 dlm doa'"

"Ingatlah Zul, senjata umat Islam adalah DOA"

"mungkin ALLAH tak nak kita terlalu selesa sebelum tiba masanya"

juga kata-kata sahabatku ketika aku kehilangan daya dan semangat dalam menyiapkan projek dan tesis. Ya! benar kata-katamu wahai sahabat. Kiniku lebih selesa dan tersenyum gembira. Aku takkan lupa insyaAllah!..:)

Benar. Aku sangat gembira pada hari itu, tapi entah kenapa perasaan sedih dan rindu tetiba datang menjenguk. Mungkin sebab pada hari keramat itu aku bakal meninggalkan sahabat yang happening, lecturer yang berjasa pada diri ini, juga kehidupan di sana. Mujur ada sahabat datang mengatakan, "chillax bro. got FB maaa..hehe".. ya sahabatku betul!, kukembali senyum. Sekurang2nya terubat rindu bila menatap gambar2 kita bersama di FB =)

kenangan bersama:
1. Arked cengal penuh dengan manusia2 dari scv 1st batch menyiapkan assignment sampai ke pagi buta!.
2. Badminton, tenis, futsal, galah panjang bersama..bila lagi ya kawan2? T_T
3. Raya! ya raya bersama2..rombongan ke rumah lecturer2 menikmati hidangan yang lazat..nyummm..soto rumah Dr. Shah sedap dow!..mee rebus rumah En. Rosely paling delicious pernah aku rase!..huhu..owh, juga berbuka bersama!
4. Desaru trip!..owh, this is major kenangan yang pasti tak lupa..8 kereta berangkat ke sana,..main polo air(polo cara kita!), shak dan faraNab kena tanam!, buat sandcastle, bola tampar pantai, tarik tali, karaoke, bbq...huuu~ sungguh seronok masa itu dan cepat sungguh masa itu berlalu..kenapa?!

Terima kasih sahabat kerana hadir memeriahkan dan mewarnai diari kehidupan aku. Sungguh pengalaman bersama kalian sangat manis dan senantiasa segar dalam ingatan aku. insyaAllah. Masing-masing akan membawa haluan masing-masing. Semoga kalian berjaya di dalam haluan kalian. Jangan lupa jemput bila kalian bakal membina masjid idaman. =)

"Sometimes i open up my chest of memories just to keep them locked in my heart forever"

Monday, June 21, 2010

ada bakat ke?

haaa,..mari cik adik cik hadek-hadek cik cun cik abang cik kakak puan emak hencik ayah sume mari sini ada celita mahu di setolikan..huahua :P

Sambil tuh, jap nak play lagu Nadiku by Sabhi Saddhi..amek feel gitchuu..wakaka!

ekcelikan nak cerita pasal lawatan(lawatan?) aku dan kawan2 aku pegi Bukit Larut. Maklumlah, kalu tak pergi naik bukit tuh bukan orang Taiping lah namanya kan. Buat malu ja nanti orang tanya pulak.haha...Nak cerita macam blurr la plak..Korang layan gegambar jela..huhu :P


haa, korang tau ni apa? ni la duit kertas 6 hengget yang terbaru! baru keluar semalam.ok, tipu. Ni kalu korang xtau memang agak bengap jugak lah..haha :P

Bersame kengkawan sekolah. Sume muke gumbira dah selamat sampai di puncak selepas menempuh cabaran mendaki yang amat menggetirkan dan mencabar!..ewah, padahal naik land rover jekk..wakaka~ tapiiii, walopon naik land rover, jalannya bengkang bengkok mcm ular kena pukoi ngan kayu baseball tambah plak tu cerun giler ah!..bygkan lah ye cik cun cik adik cik abang sume ye.


Sedikit view kat atas tuh. Ade chalet kat atas tuh.




eh, jap2, lagu tadi dah habis..nak play lagik..lala~



Kalu aku ngan awek aku kat sini cam romantik je kann..haha :P

Inilah Taiping!..hehe :D

Kalau korang nak tau, depa ni duk sibuk cari umah masing2.."ha, tu la umah aku".."Umah aku area tu laa".."nampak tak simpang 'Y' tuh, umah aku tepi tu jee.." padahal, xnampak punn..wahaha!

Paparazzi in da house!!..wuhhuu~

Diorang pelik pokok ni xde dahan kott..hee =)

Sekian entry unuk kali ini..byee!

pee/ass: semua gegambar ni aku capture sendirik ye..kecualilah kalu ade muke aku tuh!..haha
pee/ass/ass: eh, ape kaitan lak ngan topik?..hehe..agak2 korang kan, ade bakat ke aku amek gegambar nih?..ngeee~

Tuesday, May 11, 2010

30 April 2010

Alhamdulillah, selesai sudah praktikalku di MINDEF dan semuanya berjalan dengan lancar.

Pada mulanya tu, takut risau gundah gulana hanya Tuhan je tau..isk2. Tapi bila hari demi hari ku lalui semasa di sana(ececeh), syukur semuanya baik-baik aja. Best sangat. Akak2 abg2 kat sana sangatlah sporting..huhu. Emm, entry ni nk cerita sikitlah pengalaman mase praktikal ni..

Mula-mula masuk opis tu, alahai boringnya..mana taknye, duk mengadap PC men Fb je. Buat muke toya bila akak2 abg2 lalu sambil pandang2..ye lah, task xdapat lagi. Tp bile task dh dpt pun, Fb tetap ON..hee, ye lah kan Fb ni dh mcm kawan karib aku dah..tak boleh hidup tanpanya(ecece byk la ko!)..kalaula Md. Sah tau, habis aku. Coursemate aku! sila jgn bocorkan rahsia ini. Kalau tak aku bocorkan rahsia korang..aku tau, korang pun Fb gak time keje..kan3?..hak2..

Yang bestnya praktikal kat sini, dapat ikut akitiviti opis. Seronok betul dapat pegi family day kat Bukit Broga n then mandi manda kat Sungai Tekala. Dah la dpt pegi free..hik2. haaa, nak kasi tunjuk sikit gambar. Meh kita ushar.

Kat puncak. Penat sungguh! lebih kurang 3km nk naik ke puncak. Bermandi peluh aku. Ade la gak dalam 30-40 kg aku hilang!..tp dengan adanya angin sepoi-sepoi yang tak paham bahasa!,membuatkan kepenatanku berbaloi-baloi!.Nyaman sekali!

BPM: Bahagian Pengurusan Maklumat


Dah penat mendaki, penuhkan perut pulak. Port luck yang begitu banyak n shedap2. nyumm2..

Mandi manda di Sg. Tekala. Terasa macho sekejap bila tgk muka sendirik!..haha!

Best shot!. Matahari baru nak naik.


Another best shot!. eypp, betul la best shot!..korang igt muka aku xleh jadi best shot ka?..hakhakhak!

Tup tap tup tap, cepat sungguh masa berlalu. Dah habis pun praktikal aku. Seronok sgt masa praktikal nih. Bila hari terakhir kat sana, rasa sedih pun ada seronok pun ada. Sedih sebab meninggalkan akak2 n abg2 kat sana. Seronok sebab cutiii!. tp, kena fikir plak pasal PSMII..adehhh..

Sebelum berangkat pulang meninggalkan MINDEF, sempat gak la aku kasi souvenir kat staff2. Walaupun xseberapa, tp aku harap aku takkan dilupakan. uhuk2. Alhamdulillah aku pun dapat gak souvenir sebagai tanda kenang-kenangan.

Antara souvenir yg aku dapat : Neck tie, pendrive, pen, ubat IQ pun ade! hak2, n sound..huhu


Pengalaman yang sangat best dan insyaAllah akanku ingat sehingga ke akhir hayatku!.


zulhilmiishak

Monday, February 22, 2010

rambut oh rambut


rase rimas la pulak ngan rambut nih..aishh..tp kalau xde rambut lg la aku taknak!..hoho..ntah mcm mane la ghupe aku kalu takde rambut (jangan sesekali mencuba untuk imagine!)...dah le kepale bulat seperti bulatnye bola (takde lah bulat betul mcm bola..huhu)..eee..bughok kot..taknak2..wuuu~..bkn ape, aku rase rambut aku ni mcm spesel sikit..bile pendek, lurus elok je..bile dah panjang sikit, dah jadi kerinting(ala2 ikal mayang gitu ok..ececeh)..dah la kerinting pastu mengembang plak tuh..nak buat stail pun susah..tp takde la mengembang sampai mcm alleycats tuh..wakaka!..



adekah aku patut mencube produk seperti di bawah??..




haha..mesti aku cumell cam singa tu kalau aku gune produk nih!..woahh!

p/s : Tuhan ciptakan sesuatu itu dengan cukup sempurna..jangan sesekali mengubah apa yang telah Tuhan ciptakan pada diri kita(e.g plastic surgery cam MJ tuh)..walaupun kadang-kadang kita menganggap ada sesuatu tak elok dipandangan mata kita, tp sudah tentu ada kelebihan disebalik kekurangan...

Saturday, February 20, 2010

Contest Dibah

salam...dibah oh dibah..hehe..setelah pikiaq lame, baru aku dpt idea nak citer pasal per..citer biase2 je..citer pasal zaman sekolah aku je..bleh?..kalu xbleh aku nak citer jugak..haha..

kate orang, dalam hidup ni, zaman yg paling kita ingat dan rindu mesti zaman sekolah dulu2..rase cam nak balik ke zaman tu je ble trigt..ble aku tnye mak aku, dia pun cakap mcm tue..mgkin citer pasal zaman sekolah ni da biase orang citer..tp setiap orang tu, pengalaman zaman sekolah berbeza-beza..kan2??..so, ni lah dia serba sedikit citer pglman dan gambar2 mase kat skolah menengah aku dulu..

haa, ni la keadaan kelas aku...kelas 501..pompuan memang ramai..conquer abis..laki2, ciput je yang ade..8 org je drpd 26 org..huhu..nampak tak laki2 yang kat ujong depan tuh??..tu la aku..hehe..mase sekolah dlu2..mmg smgt gle blaja..smpai request kat cikgu kelas nak duk dpan..woah!..tp skang,..tmpat2 kat blakang la yang aku cri..haiyaa..ape nak jdi nih..adehh

ni plak bersama cikgu matematik tambahan..cikgu ch'ng name dia..sebut betul2 ye..hehe..walaupun cikgu ni bangsa cina, tp dia ajar memang sgt paham..alhamdulillah dapat lah A1 untuk subjek dia nih..huhu

bersama cikgu matematik moden..best giler cikgu ni ajar..aku ingat lagi kalau tak siap keje2 yang dia kasi, bersedialah dengan akibatnye..hehe..sakit woo kena cubit kat ketiak..adoii

perkenalkan, yang pegang duit tu la kitorg punye ah long..huhu..boy kitorg pggil dye..cukup bulan, menapak la dye kat dpn meja ktorg kutip duit sorang demi sorang...kalu cikgu2 nak fotostat sumthin, dia la yang tlg copykan untuk 1 kelas..huhu..kalu korang perasan ade sofa warna kelabu kat belakang kelas kitorg tuh..haa, tu la tempat ktorang lepak2 time cikgu takde or time rehat..time rehat sepatutnye takleh ade lam kelas sebenarnye..tp disebabkan lam kelas aku ni rmai pengawas berjawatan tggi(chewahh!)..so, kitorang gune la kuase yang ade..kuase ape??..ntah aku pun xtau..haha..

ni pulak si panjang dan si lebar..haha..yang lebar tu namenye daniel..disebabkan dia makhluk yang paling besaq dalam kelas, so kami lantik dia sebagai ketua kelas secara pakse rela..uhuu..sian..yang panjang tu namenye fadhil..dia ni pendiam sikit tp baik orangnye..:))

haa...cube teka ni ktorang tgh watper??..huhu..ni la mase paling gerun kat sekolah..time kitorg tgh amek kptusan SPM ni...hoho..Tuhan je la yang tau betapa resah hati ini sampai tak dapat tido malam..huu..betapa meganya cuak terpapar jelas kat muke bile sampai sekolah..huhu

syukur..walaupun pada awalnye sume muke cuak, tp akhirnye ktorang dapat tersenyum selepas dapat slip keputusan..alhamdulillah..target aku tercapai..haa, yang pakai topi tu namenye allim..
senyum lebar dia dpt 9A..hoho..sblh dia yang pkai baju kurung biru tu natrah,best student..dpt 10A1..skang da dekat Ireland dah dia wat medik..yang tggi2 pkai tudung coklat kat belakang tu da kat UK wat engineering..woah!..aku tumpang gembira untuk korang sume!..secara keseluruhannya, 10A dan 9A sorang je masing2..7A 3 orang je(termasuk aku le tu..ekeke)..aku merasakan ini adalah yang terbaik bagi sekolah aku..sekolah harian biasa..bukan MRSM, SBPI atau SMKA...aku berkata begini bukan untuk membangga diri, tapi sekadar untuk mengingatkan diri bahawa aku pernah bersama mereka..belajar bersama2..mereka kawan sekolahku yang terhebat!


Sekarang, sume dah bawa haluan masing-masing..mengejar cita-cita..ada yang sudah berkeluarga..tahniah aku ucapkan!..aku doakan semoga semuanya tercapai..kenangan pahit manis bersama korang semua akanku kenang sampai ke akhir hayat aku...

"sometimes i open up my chest of memories hoping to keep them lock in my heart forever"

Thursday, December 31, 2009

2010

Wednesday, December 16, 2009

KL & LI

(ditulis 3 hari yang lalu)

hari ni LI da start..kire hari pertama lah..tapi letihnye semacam jer..macam keje 24 jam tak henti..hurmm..rase homesick lak tetibe(culture shock kot)..hadoii, mungkin sebab aku dah mula merasai dunia baru..dunia pekerjaan..dunia bersosial..bile dah masuk dunia nih, kena la pandai bergaul..aku ni dah le jenis yang tak peramah lagi pemalu..hikss..macam mane pun kena gak la buangkan rase malu tuh..susahnye nak buang rase malu nih..mane taknye, sume orang aku tak kenal kat MINDEF nie.aku sorang je kat sini..ayie lak ditempatkan kat unit laen..adehh...tulun!!..nak balik rumah!!..hukhuk...xsedap hati, mix feeling sume ade..boleh ker aku habiskan practical training ni ngan sempurna lagi jayanya??..
argghhh,..ya Allah ya Tuhanku!..tolonglah hambamu ini..kuatkanlah semangatku ini ya Allah!..


hurmm,..hari Ahad sebelum start Li haritu, aku, ayie, nic and farahainee g mid valley..jauh gak..sejam stgh la gak nek bas pastu nek rapidkl pastu nek komuter..huhu..penat penat!!.. Ramai giler makhluk Tuhan kat sini!!... iyolah, hari Ahad kan..macam2 ragam manusia aku leh tengok...ade yang datang ngan family, ade yang sorang2.. hurm, yang paling aku x sangke, ade
gak yang datang bercouple,..bercouple laki pompuan yang berpeluk smpai angin pun mintak ampun la nak lalu celah diorg tuh kire da biase la aku tgk,..tp couple yang aku nmpak nih len cket..laki sama laki wa ckap sama lu!!!...siap pegang2 tgn peluk2 lagi..haisshh, korang rase ape jenis orang nih??...lu pikirla sndri..hohoho~~..mungkin bagi sstgh org, perkare ni da biase, tp bg aku yg bru mengenal dunia di sini, agak janggal bagi aku..maklumlah, aku ni org kampung..hiksss


ermm...xsangke aku dlm satu hari je, aku dah leh tau budaya sosial kat KL nih..ape2 pn,
yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan..

Thursday, December 3, 2009

tatutt..nervous...risau..gerunn

Lagi 11 hari nak LI iaitu Latihan Industri kepada sesiapa yang tak tahu lah..hoho..tatutt..nervous..risau..gerunn..sume ade lam hati nie..haissh,..ye la kan, nak berdepan ngan dunia sebenar..ntah la camne nanti..harap-harap sume okay..kawan2, doakan aku ye..untuk kawan2 yang akan LI gak, good luck okay!!

Saturday, November 28, 2009

:-(

20/11 - 28/11 = demam!..:-(

lamanya demam..bila la nak kebah ni..haduii..
demam oh demam pergilah dikau!..huhu

Wednesday, September 23, 2009

edisi raya lagi!

aslmkum!..hello..!..mari sume kite layan gambar jer..nk taip rse mcm mls la plak..hehe..:)..


kitorang adik-beradik...klu ramai mesti lagi bestkan..huhu...tp 3 ni org pn dah mcm nk pecah umah(kata ayah)..he2..

along yang tembam n adik yg manje..huhuh..



family sebelah ayah...dr kedah, selangor n n9..ishk3..jauh2 pn diorang datang..
family sebelah tak sempat plak nak amek gambar...adeh!..


semoga kita semua bertemu lagi!

Sunday, September 13, 2009

edisi RAYA!

yeayyy!!...raya menjelang tiba..


arini ade beberapa berita gumbira!!...

1st - PSM bab 3 setel!..hehe..sukeeee:)

2nd - IP class cancel today..hip2 horayy!!..sukeee lg..ngee...:)

3rd - esok mlm aku balik tepeng!!..lagi2 sukeee...:)


p/s: kepada kawan2 tersayang yang balik lmbat dr aku, xmo jeles2 ye..hik2..
p/s/s: walaupun lg bberapa hari lg nk raye, SELAMAT HARI RAYA!!..(O.0)

Friday, July 3, 2009

miss

4hb blik UTM..
&
i'm gonna miss...:(...


1. mum and dad...of course
2. mum's dishes..always da best!!..
3. katil kat bilik mak..selesanya tdo..hik2..
4. yong tau foo yg jual kat blkg bomba...slrrpp..sedapnye..
5. bismillah cendol and pasembor...uuhh...

Thursday, June 25, 2009

ke mana perginya?!....

Jam di dinding dah pun menunjukkan pukul 3.32 pagi..baring ke kanan, baring ke kiri, semuanya serba tak kena..
dalamku berusaha untuk melelapkan mata, tiba-tiba pula teringatkan kenangan semasa dibangku sekolah dulu..
di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR BURHANUDDIN lah segala kenangan pahit manis terlakar..

selepas aku menduduki UPSR, alhamdulillah aku menerima tawaran untuk memasuki sekolah tersebut..Rancangan Khas Aliran Agama..
walaupun sekolah ni hanyalah sekolah asrama harian, aku tetap berasa syukur dan bangga...bagiku, di mana kita menuntut ilmu itu tidak penting..semuanya bergantung
kepada kesungguhan seseorang itu..masa di tingkatan 1, aku tinggal di asrama..segala macam pengalaman aku tempuhi di sini..buli? perkara biasa di asrama..
tapi tidaklah sampai tumbuk-menumbuk, tendang-menendang..kata orang, 'buli-buli manja'..disuruh buat itu dan ini oleh senior2..bila difikirkan balik, aku tersenyum sendirian kerana aku tahu ada hikmah disebaliknya..perkara itu membuatkan kami lebih rapat antara junior dan senior..di tingkatan 1, aku ditempatkan di kelas ke-2..alhamdulillah, berkat usaha aku,
aku ditempatkan di kelas pertama di tingkatan 2 dan 3..

habis tingkatan 1, aku tak lagi tinggal di asrama..aku berulang-alik dari rumah ke sekolah sehinggalah di tingkatan 5..perjalanan lebih kurang 30 minit..
kadang-kadang naik bas, kadang-kadang ayah hantarkan..penat tu memang penat..sebab jauh..padan muka diri sendiri..sape suruh x duk asrama..huhu..
tapi aku tolak ketepi semua tu..aku fikir nak blaja jerk..wah, semangat gile aku mase tu..setelah menerima keputusan peperiksaan PMR yang menepati target, aku sambung pembelajaranku di sekolah yang sama dalam aliran sains tulen..aku agak sedih pada masa ni..frust pn ada jugak..sebabnya, aku tak diterima untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh..bagaimanapun, aku gembira untuk kawan2ku yang diterima masuk ke asrama penuh..ada yang dapat SMKA, MRSM dan sekolah sains..aku pasrah, mungkin takdirku di sini..di sekolah ini..mungkin juga usahaku masih belum cukup untuk ke sana..

sekali lagi aku ditempatkan di kelas ke-2 aliran sains tulen semasa di tingkatan 4..perkara ini benar2 buat aku sedar bahawa ya, usahaku masih belum cukup!..aku terus berusaha dan berusaha lagi..
syukur, berkat usaha aku, aku mendapat tempat pertama dalam peperiksaan pertengahan dan penghujung tahun..dan mendapat anugerah tahunan..gembira tak terkata aku masa tu..
sebuah jam tangan berjenama orient ibu aku hadiahkan..syukur..

di tingkatan 5, aku ditempatkan di kelas pertama aliran sains..aku tahu persaingan semakin kuat..maklumlah, kelas pertama di sekolah aku ni semua budak2 skema..pagi2 bila masuk kelas, semuanya tunduk ke meja..nak tau buat apa?!..study la!.
lihatlah betapa skemanya mereka..haha..tapi semua itu telah menaikkan semangatku untuk menggandakan usahaku..syukurlah aku mendapat tempat ke-8 di pertengahan tahun dan tempat ke-6 di penghujung tahun..ini bermakna tempat ke-8 dan ke-6 untuk seluruh
tingkatan 5..bagiku bukan mudah untuk mencapai pencapaian tersebut kerana aku perlu bersaing dengan budak2 skema tadi..huhu..di sekolah ini jugalah aku mengambil peperiksaan SPM..syukur, aku mendapat keputusan yang boleh dikira 'cemerlang yang cukup2 makan' dan menerima anugerah pelajar cemerlang SPM..sebab apa aku kata cemerlang yang
cukup2 makan?..sebabnya aku cuma dapat 7a 2b 1c..bknnye 10a..tp, alhamdulillah, target aku tercapai..iaitu untuk mendapatkan 7a dlm SPM..

itulah serba sedikit memori di SMKDB..kalau nak diceritakan kesemuanya, 3 hari belum tentu habis..
bila difikirkan kembali, aku tertanya-tanya..ke mana perginya semangatku dulu yang sentiasa bersemangat untuk belajar?!..ke mana perginya rasa persaingan yang sentiasa aku berikan?!..
aku termenung seketika sambil mengharapkan persoalan ini dapat memotivasikan diri..

p/s: apa yang aku coretkan kali ini bukanlah untuk membanggakan diri..jauh sekali untuk berasa riak..sekadar untuk memotivasikan diri yang semakin menghilang tikaku menyusur perjalanan di UTM yang penuh liku..semoga entry kali ini serba sedikit dapat memotivasikan diri rakan2 pembaca..insyaAllah..

AHAD ke-3 bulan Jun...

SELAMAT HARI BAPA!!..

Walaupun dah lebih kurang 4 hari berlalu, rasanye masih belum terlambat untukku ucapkan kalimah itu..kepada ayahandaku EN. ISHAK BIN MD. DAUD, sekali lagi ku ucapkan SELAMAT HARI BAPA!!..

Terima kasih ayahku kerana membesarkanku dengan penuh kesabaran..tidak jemu melayani kerenah anakmu ini..tidak pernah mengeluh mencari rezeki yang halal untuk kami sekeluarga..tidak pernah gentar untuk menjaga keselamatan dan kebajikan kami sekeluarga..

Maafkan anakandamu ini seandainya diriku terlanjur kata..doaku semoga ayah sentiasa sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya..insyaAllah..

sedikit kata-kata buat ayah tersayang:

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan

terpancar kebanggaan dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Saturday, June 6, 2009

abam...

aku bru je abis tgk citer nih..korang tengok tak citer abam nie?..kalau korang layan cerekarama kat tv3 tuh msti korang tau..bagi aku citer nie memang best..walaupun jalan citer dia dah biasa kite sume tgak..aku xtau la sbb ape aku suke tgk citer nih..mngkin sbb plkon2nye yg tlh membawa watak msing2 dgn baek skali..terutama pelakon utamanye..aku xknl lak pelakon tuh..itu pndapat aku la..huhu..

bagi sape2 yg xsmpat tgk atau telepas ke, meh aku citer serba sedikit ttg citer nih..

citer ni mengisahkan seorang pelajar yg bernama abam..dia dianggap seorang yg lembap, xgune dan bodoh oleh ayah tirinya(hamzah)..dia juga selalu dibuli oleh adik tirinye(hussein) sehinggakan segala kesalahan yg dilakukannya ditanggung oleh abam..asyik2 kena rotan ngan ayah tirinya jer..ishk2, kesian kat abam..abam sebenarnya seorang yg bijak..tapi disebabkan tanggapan ayah tirinya dan org ramai ttg dirinya, dia menjadi rendah diri dan tidak mempunyai keyakinan diri..sehinggalah terjadinye satu kejadian yg menyedarkan ayah tirinya itu bahawa abam seorang anak yg taat dan seorang pelajar yg berwibawa...

mmg byk moral values yg leh diambil dari cter nih..klu nk dsenaraikan, mmg xmuat entry nih..(padahal mls nk pikiaq..ha2..)
aku sebenarnye x reti nak bercerita..so, aku memang x terkejut klu korang xdpt rse ape yg aku rse ttg citer nih...kalau korang tringin nak tgk citer nih, cbe tgk kat lmn web tv3...mgkn ade...selamat menonton!!!..huhu..

p/s:aku tgk citer ngan family aku skali..hampir2 aku nangis tau..he2..
p/s:ade satu babak tu, kitorang sume terdiam sbb dialog babak tuh sgguh mgharukan ktorg..huk2..